The Kelantan Times

Writer of Life

Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana

leave a comment »

Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana.

Kau ini bagaimana
Kau kata negara ini demokrasi, tapi kau perintahkan cara kuku besi,
Kau kata negara ini Islam wasati, tapi harta menteri2 melangit tinggi,

Aku harus bagaimana
Kau bilang universiti ini punyai visi, siswa berdiri tangannya terus kau gari,
Kau bilang kebebasan akademia, tetapi pensyarah terus kau aniaya.

Kau ini bagaimana
Kau suruh aku berjimat, aku jimat engkau sebat,
Kau suruh aku berbasikal, aku berbasikal engkau bermotosikal.

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh patuh, aku patuh engkau angkuh.
Kau suruh aku diam, aku diam engkau hentam.

Kau ini bagaimana
Kau kata kau juara Melayu, tanah marhaen kau rampas tanpa restu,
Kau kata kau juara Islam, kitab agama orang kau padam.

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh hormat undang-undang, aku hormat kau khianat,
Aku kau suruh sopan santun, aku sopan engkau lantun.

Kau ini bagaimana
Kau bilang negara ini ada undang-undang,
proletariat pantas kau hukumkan, aristokrat kau biarkan
Kau bilang kau sukakan keadilan,
yang tak bersalah kau penjarakan, pesalah kau lepaskan.

Kau ini bagaimana
Kata kata negara ini membangun, tapi hutang masih bertimbun
Kau kata negara ini maju, gelandangan bertambah sayu.

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh kurangkan gula dan manis, kau sendiri hidap diabetis
Aku kau suruh kurangkan letrik, suis itu kau sendiri yang petik.

Kau ini bagaimana
Kau suruh aku bekerja, aku kerja kau belanja,
Kau suruh aku berucap, aku ucap kau tangkap.

Kau ini bagaimana
Atau aku harus bagaimana

Ia di olah dengan garapan sendiri, menerusi idea asal Kiai Haji Musthofa Bisri (Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana, 1987). Credit seharusnya ditujukan kepada beliau.
Doaku untuk Presiden ABIM ke-2, Saudara Anwar Ibrahim.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

November 26, 2014 at 11:32 AM

Posted in Uncategorized

Persoalan Takdir Dalam Kehidupan

with one comment

...

Akar Persoalan Takdir

Perbahasan mengenai persoalan takdir ini perlu diberi perincian yang khusus dan teliti serta berhati-hati supaya kita tidak terjerumus ke dalam pemikiran aliran Jabariah, Qadariah mahupun Mu’tazilah tanpa kita sedar ! Jabariah menekankan konsep bahawa segala perkara yang terjadi di dunia ini merupakan suratan dan telah ditakdirkan Allah secara total, manakala Qadariah telah meletakkan hak dan kebebasan mutlak diberikan kepada manusia dalam ruang lingkup kehidupan manusia dan terlepas dari kehendak Allah.

Secara umumnya, takdir bererti ketentuan dan ketetapan daripada Allah. Takdir berhubung kait dengan konsep Qada’ dan Qadar yakni sesuatu perkara yang dikendaki oleh Allah akan pasti terlaksana. Sekiranya seseorang berkehendakkan sesuatu dalam kehidupan dengan jalan usaha untuk mendapatkannya, tetapi akhirnya gagal memperolehnya maka inilah yang dikatakan sebagai takdir, suatu ketentuan yang mempunyai hikmah yang tersembunyi.

Dalam kehidupan ini, ramai insan yang tersalah sangka dan tersilap faham tentang maksud sebenar Qada’ dan Qadar. Dalam banyak keadaan, mereka sering menyalahkan Tuhan atas apa saja yang menimpa dalam kehidupan mereka dengan keluhan, “sudah takdir ilahi”. Perbuatan ini seolah-olah menganggap bahawa mereka tidak pernah bersalah dalam kehidupan dengan melepaskan kekhilafan diri sendiri untuk disandarkan kepada Tuhan atas nama takdir.

Za’ba berkata;

Diyakini (kononnya) sesuatu perkara yang kita lakukan, baik benar atau salah dan sesuatu perkara yang berlaku di atas seseorang.. semuanya itu telah ditetapkan dari sedia kala (oleh Allah) dengan tiada boleh diubah dan ditukar lagi… Walau bagaimanapun dijalankan usaha dan ikhtiar hendak melawan atau menyahkan ketetapan (takdir menurut keyakinan tadi) itu, sama sekali tidak dapat… Ini bermakna nasib seseorang itu telah termeterai mati di atas dahinya dengan betul dan tepat, seperti yang akan terjadi” -Falsafah Takdir (1932)

Za’ba telah mengkritik fahaman sedemikian kerana ia membunuh sifat-sifat untuk berusaha dan bersabar serta menghilangkan kebebasan berikhtiar pada manusia dengan batas-batas kemampuannya sebelum menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Begitu juga ‘tweet’ Prof Madya Dato’ Dr Asri Zainul Abidin di dalam Twitter beliau:

“Jika semua takdir Allah, maka apakah tiada siapa yang salah?! Manusia buat salah, Tuhan yang bertanggungjawab?!” -Tweet bertarikh 9 Jan 2014, 11.02pm
...

Realiti Kehidupan
Setelah mencapai usia matang, setiap insan dalam kehidupan ini mesti berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan yang melanda sebagai asam garam menempuh alam dunia. Usia matang tidak boleh diberi tempoh yang spesifik kerana ada yang lebih awal sampai ke peringkat itu dan ada yang sebaliknya. Usia matang yang insan sedang lalui ini pernah dilalui oleh insan-insan terdahulu dan bakal dilalui oleh yang terkemudian daripada kita. Peringkat ini merupakan fasa di mana insan benar-benar merasai bahawa inilah sebuah perjalanan dalam kehidupan. Ujian kehidupan tidak mengenal rupa, pangkat dan keturunan. Ia boleh hadir pada bila-bila waktu dan dari jalan yang tidak disangka-sangka, baik dengan jalan nikmat (istidraj), mahupun dengan ditimpa musibah. Ini bergantung kepada kekuatan spiritual insan untuk menghadapi jenis-jenis ujian tersebut. Maka secara komparatifnya, seorang pemimpin negara akan menghadapi ujian yang berbeza dengan seorang nelayan. Namun pada penilaian Tuhan, ujian itu menurut kemampuan insan.

Saban hari kita melihat, mendengar (dan merasai) sendiri keluh kesah insan-insan malang di sudut dunia yang menghadapi pelbagai ujian dalam hidup mereka. Seorang isteri mengadu sering di pukul suami siang malam, seorang suami pula mengeluh akan isterinya yang tidak mendengar kata, ataupun sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Kesemuanya, baik si isteri yang malang, suami yang penyabar mahupun pasangan yang kesunyian dalam rumahtangga memilih jalan sabar setelah berhabis daya untuk berusaha bagi menyelamatkan rumahtangga mereka daripada porak-peranda. Betapa cekalnya mereka dalam menghadapi ujian ini hanya mereka dan Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Namun persoalannya, apakah mereka mengikut garis panduan yang disyorkan oleh Baginda Rasulullah SAW sebelum memilih pasangan hidup? Dan jika mereka benar beriman, tidak semestinya tiada ujian datang menimpa. Maka alangkah baiknya jika kita menyoroti firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesiapa yang beramal soleh, sama ada lelaki dan perempuan, sedang dia beriman, sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Terkadang ujian yang menimpa kehidupan ini ialah sebagai asbab untuk kita lebih dekat mengenal Tuhan, lebih menghayati erti keberadaan Tuhan pada setiap masa dalam kehidupan ini. Sesetengah insan merasakan bahawa ujian yang mereka hadapi terlalu berat untuk dipikul sendirian, namun setelah mendengar kisah-kisah ujian yang dihadapi oleh insan-insan terdahulu, melihat keadaan insan-insan lain yang lebih berduka dalam hidup mereka, maka tekanan perasaan yang dihadapi insan itu sedikit reda. Sudah tentu ujian itu tidak hilang akan tetapi dengan izin-Nya, nikmat syukur itu telah masuk, menerobos ke dalam jantung hati mereka menjadikan jiwa mereka terasa aman, tenang dan tenteram.
Begitu juga dengan keluhan anak muda yang ingin memiliki seorang gadis, saban hari dia berusaha dan berdoa supaya diperkenankan permohonannya. Tanpa dia sedar, terdapat ramai lagi insan-insan lain di luar sana yang turut memanjatkan doa dan harapan untuk memiliki gadis yang sama. Maha Suci Allah, Dia-lah yang mengatur dan mencaturkan peraturan alam, Dia memberi kepada sesetengah yang dikehendaki-Nya, dan Dia menangguhkan pemberian-Nya kepada setengah yang lain. Allah SWT mengetahui apa yang terbaik buat diri insan. Itulah hikmah berusaha dan bersabar dalam menghadapi takdir-Nya.

Prof Dr Hamka pernah mengungkap:

“Yang ada ini sudah harapan kita. Jangan dipandang yang tiada, sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana mengeluh itu tanda tidak reda dengan ketentuan Tuhan”  – petikan dari rakaman audio kuliah Subuh di Masjid al-Azhar, Kebayoran, Jakarta Selatan dengan tajuk; Bersyukurlah.

...

Bersyukurlah
Lihatlah bagaimana nilaian dan pemberian nikmat Tuhan kepada sesetengah insan yang tidak pernah terlintas atau terfikir akan hadirnya nikmat itu dari jalan yang tidak disangka-sangka. Terkadang insan yang hidup bergelandangan, menjadikan surau dan masjid sebagai tempat berteduh hujan dan panas, lebih merasai nikmat lena dan ketenangan dalam hidup berbanding insan-insan yang tidur berlantaikan tilam yang empuk, berudarakan pendingin hawa dan ditemani isteri yang cantik akan tetapi tidak senang hatinya, tidak lena tidurnya memikirkan soal hutang piutang dan orang-orang yang ingin menjatuhkannya. Dan jika kita perhatiankan, terkadang lauk yang dimakan oleh pak cik mak cik di kampung itu nampak lebih berselera daripada Dato’ Datin yang sentiasa mengeluh akan ketiadaan selera oleh kerana sentiasa berulang alik dari hospital disebabkan diabetes dan hipertensi yang dihadapinya. Kehidupan kita terikat dengan pelbagai pihak dan keadaan di dalam satu putaran alam maka lihatlah bagaimana Allah SWT membahagi-bahagikan nikmat-nikmat-Nya kepada hamba-Nya.
Justeru itu, seorang teruna yang belum berkahwin akan menghargai dan mensyukuri nikmat kehidupan yang ada setelah dia melihat rumahtangga insan lain yang dibina secara terburu-buru tanpa persediaan diri dan tidak didasarkan kepada iman dan taqwa akhirnya gugur di pertengahan jalan. Begitu juga kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, mereka akan lebih merasai erti syukur dengan keadaan sekarang setelah melihat pasangan lain yang menghadapi pelbagai ujian hidup untuk membesarkan anak-anak. Ini bukanlah bermakna kita perlu terus-menerus berada dalam keadaan demikian, teruskan berusaha kerana sesungguhnya Dia Maha Melihat akan keazaman dan semangat hamba-hamba-Nya.
Allah SWT berfirman, ertinya:

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).

      ” (Surah Ibrahim, ayat 34)

Dan ingatlah bahawa dunia yang kita huni hari ini bukanlah tempat perhitungan yang sebenar. Selagi mana ia bernama dunia, maka selagi itulah akan terdapatlah segala macam kekurangan dan kelompongan yang kita akan hadapi bagi meneruskan kelangsungan penghidupan di hari-hari muka. Bila sudah tiba masanya kita ditakdirkan berada ‘di sana’, maka kita akan merasakan ujian-ujian yang kita hadapi sewaktu hidup di dunia dahulu tidaklah setimpal dengan segala nikmat pemberian Tuhan yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pula pernah terlintas dihati.

Beristighfarlah, semoga hati akan tenang.

 

 

Turut disiarkan di The Malaysian Insider & Sinar Harian

 

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

June 16, 2014 at 4:17 PM

Posted in Education

Pemikiran Dakwah P. Ramlee

with one comment

Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, AMN (22 March 1929 – 29 May 1973)

Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, AMN (22 March 1929 – 29 May 1973)

Jika sesetengah daripada kita yang jarang menonton filem-filem hitam putih era 50-an dan 60-an, persoalan mungkin timbul tentang apakah dakwah yang disampaikan di kala aktres-aktres yang membintangi filem-filem tersebut boleh dikatakan ‘berbungkus nangka’ belaka?

Merenungi dan memahami zaman P. Ramlee
Sebelum kita berbicara persoalan sejarah tentang sesuatu perkara, premis pertama yang harus diambil kira untuk difahami ialah berkenaan latar masa dan tempat yang mewujudkan satu suasana kepada seseorang seniman untuk menghasilkan sesebuah karya. Beberapa persoalan harus di ambil kira, adakah Islam benar-benar dihayati ketika itu? Apakah ada penggiat industri filem lain yang turut menghasilkan karya yang ‘Islamik’ seperti beliau? Kenapakah sesuatu tema itu digarap dalam sesebuah filem? Ini semua perlu diberi ruang dan peluang untuk diberikan penjelasan.

Pada separuh pertama abad ke-20, perkembangan dan penghayatan tentang agama Islam tidaklah sesegar yang kita hirup hari ini. Islam ketika itu hanya tertumpu di masjid, surau, pondok-pesantren di mana tok-tok guru (tradisionalist) mengajarkan ilmu-ilmu berkaitan tasawuf dan feqah. Masyarakat kurang menghayati unsur-unsur di ‘dalam masjid’ itu untuk di bawa keluar supaya dapat diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Maka tidak hairanlah kenapa kita jarang melihat wanita zaman itu menutup aurat dengan sempurna. Dan jika kita masih memiliki foto-foto lama keluarga, lihatlah cara mereka berpakaian dan ia menceritakan sedikit sebanyak tentang zaman tersebut. Saya pernah melihat sekeping gambar Perhimpunan Muslimat Parti Islam di awal 1960-an yang dihadiri oleh perwakilan yang rata-ratanya tidak memakai tudung! Itu ‘muslimat’ zaman tersebut, jadi apalah nilai-nilai Islam yang nak diharapkan kepada insan seni yang bermain wayang ketika itu. Akan tetapi kalau seseorang anak wayang yang tampil dengan idea-idea Islamik ketika itu, ia merupakan sesuatu yang luar biasa! Dan itulah P Ramlee yang kita kenal.

Permulaan jalan seni
Pada tahun awal tahun 1940-an, industri seni tanahair mula berkembang. teater bangsawan (troupe) telah mengambil tempat di pentas-pentas awam dengan tema jenaka dan tragedi. Kebanyakan bakat-bakat baru yang menyerlah ketika ini antaranya ialah Daeng Harris, A.R Tompel, Siti Tanjung Perak dan lain-lain. ketika ini juga, industri filem tanahair mula berkembang mengikuti perkembangan filem-filem luar yang semakin mendapat tempat terutama dari Hong Kong dan India. Shaw Brothers melihat satu potensi besar dengan merintis pembukaan studio baru di Jalan Ampas, Singapura. Di awal perkembangan Malay Film Production (MFP) Jalan Ampas, filem-filem kebanyakannya diarah oleh pengarah dari India seperti B.S Rajhans, L. Krishnan dan ramai lagi. Kemudian lahirlah bintang-bintang filem (film stars) produk Jalan Ampas seperti S. Roomai Noor, Maria Menado, Siput Sarawak dan lain-lain.

Persoalannya, di manakah filem-filem arahan mereka sekarang? Kenapakah tidak diputar di kaca televisyen seperti mana filem-filem arahan dan lakonan P. Ramlee? Aktor-aktor yang membintangi filem ini tidak kurang ‘star’ nya. Dan jika di ukur dari sudut nilai filem samada jenaka atau air mata tidak kurang hebatnya. Maka di sinilah timbul kajian tentang idea serta pemikiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam menerapkan sesuatu elemen di dalam sesebuah filem arahan beliau.

Pertama, tema-tema di dalam filem-filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sangat dekat dihati masyarakat. Konflik rumahtangga antara bapa dan anak, ibu mertua dengan menantu, cinta yang tak kesampaian dek kerana darjat dan keturunan, kehidupan anak-anak bujang, kedaifan hidup seorang miskin dan banyak lagi unsur yang menjadikan filem beliau begitu dirasai oleh setiap insan yang mewakili tema-tema tersebut dalam setiap zaman. Inilah antara sebab mengapa filem beliau tidak lekang dek zaman.

Kedua, elemen-elemen ‘Islamik’ telah digarap dengan baik oleh beliau dalam beberapa buah filem seperti Anakku Sazali, Ahmad Albab, Tiga Abdul, Semerah Padi, Nasib Labu Labi dan Ali Baba Bujang Lapok. Jika ditinjau filem-filem lain yang sezaman dengannya baik keluaran Studio Jalan Ampas milik Shaw Brothers mahupun Cathay Keris milik Ho Ah Loke, hampir tidak ada seorang pun pengarah lain yang berani menampilkan idea-idea berunsur Islamik untuk digarap dalam filem mereka.

Ketiga, beberapa buah filem lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kurang mendapat sambutan oleh kerana tema yang cuba digarap merupakan satu idea dan percubaan baru. Ini terbukti dengan filem Sitora Harimau Jadian, Sesudah Suboh dan Gelora yang kurang mendapat sambutan baik ketika ditayangkan ketika itu mahupun diputarkan di kaca televisyen hari ini. Memang benar filem-filem ini diterbitkan di Studio Merdeka yang kurang mahir dari segi kepakaran dan teknologi yang digunakan. Walau bagaimanapun, idea-idea pengarah merupakan sesuatu yang paling menonjol dalam sesebuah filem.

Pemikiran Dakwah P. Ramlee
Jika diimbas secara sepintas lalu, filem Tiga Abdul, Ahmad Albab dan Ali Baba Bujang Lapok merupakan babak yang paling banyak menerapkan unsur Islamik berbanding filem-filem lain arahan beliau yang lebih merupakan pentas kritik sosial tanpa kita sedar! Walaupun P. Ramlee cuba menerapkan elemen keagamaan dalam Semerah Padi, versi hudud yang dilaksanakan masih boleh diberikan kredit walaupun tidak mencerminkan pelaksaan hudud yang sebenar. Di dalam filem Tiga Abdul, P. Ramlee menggunakan latar Isketambola yang mungkin boleh dirujuk Istanbul dalam keseluruhan cerita tersebut. Melalui watak Abdul Wahub, beliau berjaya menghimpunkan segala sifat-sifat kebaikan dan nilai-nilai positif dalam menghadapi kejahatan abang-abangnya, Sidek Segaraga dan Kassim Patalon.

Di dalam filem ini juga, P. Ramlee mengajar kita supaya menyantuni anak-anak yatim, berkahwin dengan orang yang tidak disukai pada awalnya tidaklah menandakan tidak bahagia pada akhirnya, membalas dendam kepada orang yang mengkhianati hanya semata-mata untuk menyedarkan mereka dan banyak lagi unsur Islamik yang digarap melalui watak-watak tersebut. Di dalam Anakku Sazali, ia memberi teladan kepada bapa yang terlalu memberikan kesenangan kepada anaknya atas nama ingin mencurah kasih sayang sehingga ia memberi kesan buruk kepada kehidupan si anak. Melalui watak Haji Bakhil lakonan Udo Umar (Nasib Labu Labi) P. Ramlee ingin menegur orang-orang kaya supaya ikhlas dalam menginfaqkan harta mereka kepada rumah anak-anak yatim.

Selain itu, menurut kenalan yang rapat dengan beliau, P. Ramlee memang seorang yang pemurah. Dan sifat kepemurahan ini telah ditonjolkan dalam filem beliau melalui watak Abdul Wahub yang menghadiahkan rumah kedai kepada persatuan anak yatim, watak Ali Baba (Ali Baba Bujang Lapok) yang menderma wang emas kepada orang ramai, watak Ramli (Bujang Lapok) yang ditipu oleh seorang wanita tetapi selepas mengekori, beliau membiarkannya setelah menyedari wanita itu adalah orang miskin, watak Harun (Anak Bapak) yang menjaga kebajikan pekerja-pekerja ladang milik bapanya, watak Syawal (Ahmad Albab) yang mengadakan kenduri kesyukuran setelah diberi kesenangan. Ini merupakan sebahagian elemen yang digarap oleh P. Ramlee di dalam kebanyakan filem arahan beliau. Begitu juga lagu-lagu beliau di mana lirik-lirik tersebut cukup bermakna yang memberi bekas kepada pendengarnya.

Kita tidak tahu sampai bila tulisan-tulisan berkenaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee akan berhenti. Ia akan terus-menerus dinukil oleh pengkaji dan peminat filem kerana akan ada sisi-sisi baru yang dapat di analisis daripada pemikiran beliau. Ia bergantung kepada kita bagaimana kita melihat sesebuah filem itu. Adakah kita ingin tahu tentang jalan ceritanya, atau adakah kita ingin melepaskan tekanan dengan menonton filem humor? Atau adakah kita ingin mengkaji apakah idea pengarah di sebalik wayang yang dipertontonkan kepada orang awam? Terpulanglah.

Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh (22 Mac 1929 – 29 Mei 1973)
Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

June 14, 2014 at 6:13 PM

Posted in History

Karya-Karya Abdul Kadir Adabi

with 2 comments

Foto Abdul Kadir Adabi bin Ahmad sewaktu di usia 30-an

Foto Abdul Kadir Adabi bin Ahmad sewaktu di usia 30-an ditahun 1930-an

Satu perkembangan yang sangat menarik perhatian di Kelantan dalam tahun-tahun 1930-an ialah adanya usaha yang bersungguh-sungguh untuk menerbitkan novel-novel berbahasa Melayu. Sekurang-kurangnya sepuluh buah novel diterbitkan di Kelantan dalam bentuk buku sepanjang tahun-tahun tersebut. Usaha ini dilakukan oleh Haji Ahmad bin Ismail (1899-1969) melalui penerbitannya al-Matba’ah al-Asasiah di Kota Bharu. Beliau yang bertindak sebagai pengarang dan penerbit telah menerbitkan majalah al-Hidayah (1923-1926) dan al-Hikmah (1934-1941) untuk sasaran pembaca terutamanya pembaca di Kelantan. Sehubungan itu, beliau telah melantik Abdul Kadir Adabi bin Ahmad sebagai penyunting.

Sebelum Abdul Kadir Adabi menjadi penyunting al-Hikmah, beliau merupakan seorang penulis yang giat menulis di dalam pelbagai majalah terutamanya Majalah Pengasuh. Sepanjang tahun 1921-1941, beliau telah menghasilkan tidak kurang daripada 110 buah karya/rencana dalam pelbagai lapangan meliputi kritikan sosial, soal ekonomi, politik, pendidikan dan agama. Rencana-rencananya yang bersifat kontroversial sangat mendapat perhatian yang mendalam dari golongan establishment Kelantan. (S. Othman Kelantan)

Naskah sulung Pengasuh

Naskah sulung Pengasuh yang diterbitkan pada tahun 1918. Tok Kenali dilantik sebagai pengarang yang pertama.

Selain daripada majalah Pengasuh dan al-Hikmah, Abdul Kadir Adabi turut mencurahkan tulisannya dalam majalah lain seperti Edaran, Kencana dan Putera. Walaupun beliau banyak menulis rencana berkaitan kemasyarakatan namun bakat sebagai penulis kreatif turut terserlah dengan terhasilnya 3 buah novel bermula dengan Acuman Mahkota. Novel ini merupakan novel beliau yang pertama yang disiarkan secara bersiri dalam majalah al-Hikmah, bermula dari tahun ketiga penerbitan (bilangan 131, bertarikh 18 Mac 1937) hinggalah tahun kelima penerbitan (bilangan 191, bertarikh 12 Mei 1938) iaitu sebanyak 61 siri keseluruhannya. Sehinggalah pada tahun 1988, tulisan bersiri di dalam majalah al-Hikmah ini kemudiannya diselenggara dan telah dibukukan oleh Sasterawan Negara, S. Othman Kelantan. Novel Acuman Mahkota cetakan pertama pada tahun 1988 telah diterbitkan oleh Teks Publishing Sdn Bhd mengandungi 585 muka surat.

Novel beliau yang kedua, iaitu Sebelas Rejab juga disiarkan di dalam Majalah al-Hikmah secara bersiri pada tahun kelima penerbitan iaitu bermula pada (bilangan 219, bertarikh 24 November 1938) hingga (bilangan 237, bertarikh 30 Mac 1939) iaitu sebanyak 19 siri. Karya bersiri ini juga telah dibukukan pada tahun 1980 atas inisiatif Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu sebanyak 176 muka surat. Begitu juga novel ketiga beliau iaitu Melati Kota Bharu yang disiarkan di dalam Majalah al-Hikmah bermula dari tahun keenam penerbitan, pada (bilangan 272, bertarikh 30 November 1939) sehingga tahun ketujuh penerbitan pada (bilangan 301, bertarikh 29 Jun 1940) sebanyak 30 siri keseluruhannya. Novel ini juga diselenggara oleh S. Othman Kelantan pada tahun 1988 dan dicetak buat kali kedua pada 1992 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun  2011, Institut Terjemahan & Bahasa Malaysia (ITBM) telah menterjemahkan novel ini ke dalam bahasa Inggeris yang berjudul The Jasmine of Kota Bharu. Selain itu, Abdul Kadir Adabi turut menghasilkan dua buah cerpen/novel saduran iaitu Ceritera Anusyirwan (1929) dan Persemburan Darah di Bawah Lipatan Takdir (1940-1941).

Karya-karya Abdul Kadir Adabi

Karya-karya Abdul Kadir Adabi

Sebelum kita mengetahui dan memahami sesuatu unsur atau elemen yang digarap oleh seseorang penulis di dalam sesebuah novel, perlu dijelaskan juga bahawa novel yang dihasilkan ketika itu adalah tidak sebagaimana yang difahami dalam erti kata novel moden hari ini. Novel yang dihasilkan pada awal abad ke-20 merupakan hasil pengamatan dan kesedaran yang timbul daripada latar masa dan tempat di mana seseorang penulis dipengaruhi untuk menterjemahkan fikiran dan pendapat dalam karya masing-masing.

Semua novel Melayu sebelum perang bersifat didaktik. Ini adalah ciri yang menonjol bagi novel-novel zaman ini. Begitu pun teknik yang digunakan berlainan dan pencapaian dari masing-masing pengarang juga berlainan peringkat. Dalam bentuk yang lebih sederhana, pengarang muncul dari tengah-tengah ceritanya untuk memberikan ceramah kepada pembacanya. Dalam bentuk lain, barangkali dapat dikatakan lebih maju, pengarang menciptakan watak-watak ideal untuk menjadi contoh tauladan dari pandangan moralnya. (A. Bakar Hamid)

Maka, penulis menggunakan peluang yang ada untuk menerapkan pelbagai elemen seperti nasihat, saranan dan seruan kepada masyarakat terutamanya kaum pembaca sebagai salah satu bentuk Dakwah bil Kitabah menurut kesesuaian masa tersebut. Oleh yang demikian, novel novel yang terhasil sangat bermanfaat, baik untuk generasi hari ini dan juga yang terkemudian untuk mengambil pelajaran dan nasihat kehidupan seperti mana juga novel-novel yang dihasilkan oleh Prof Dr Hamka seperti Keadilan Ilahi, Terusir dan Merantau ke Deli.

Saya tidaklah berhajat untuk mengambil masa pembaca dengan menceritakan serba sedikit berkenaan biografi dan pemikiran Abdul Kadir Adabi, saya pasti sudah ada insan lain yang menukilkannya di dalam laman sesawang masing-masing, cukuplah di sini sekadar mengambil beberapa mutiara kata untuk dimanfaatkan bersama di dalam menempuh hidup.

Di dalam ketiga-tiga buah novel ini, beliau telah memuatkan kata-kata peringatan di awal tulisan yang berbunyi;

Bahawa riwayat-riwayat yang berguna itu sayugialah dihidangkan kepada pengetahuan dan pandangan orang-orang yang kasihkan faedah mutlaah dan membaca. Maka demikianlah tujuan saya menzahirkan riwayat ini, mudah-mudahan mendapatlah daripadanya sedikit sebanyak munafaatnya. Kepada Allah jua saya memohon petunjuk dan pertolongan. Allahumma amin“.

Kata mutlaah memberikan petunjuk bahawa cerita ini bukan untuk dibaca sebagai cerita sahaja tapi untuk diteliti lebih mendalam lagi untuk mendapatkan faedah daripadanya. Abdul Kadir Adabi tidak berfalsafah dan berkuliah di dalam novelnya. Ia hanya memperlihatkan watak-wataknya begerak dan berinteraksi di antara satu sama lain. Dengan perkataan lain, beliau berhasil menyebatikan nilai-nilai moralnya ke dalam sesebuah cerita.

Di sini saya turunkan beberapa petikan, nasihat-nasihat berguna di dalam kehidupan dari novel-novel Abdul Kadir Adabi.

1) Acuman Mahkota.

Novel ini mengisahkan konflik perebutan kuasa, pertentangan fikiran dan pergolakan politik khususnya melibatkan golongan istana yang terjadi daripada suatu kenyataan sejarah pada awal abad ke-18 di zaman Long Abdul Rahman memerintah Kelantan. Hassan, seorang anak muda yang bertindak selaku pemegang watak utama berperanan menumpaskan musuh istana. Novel ini turut memperlihat peranan wanita yang turut terlibat dalam konflik istana melalui watak Zainab atau nama sebenarnya Tuan Kembang yang memainkan peranan penting untuk menaik dan menjatuhkan kerajaan Kelantan.

 

Memanda berpendapat pada hal-ehwal hidup yang telah memanda rasai sendiri bahawa punca kebahagiaan dan keselamatan di dalam kehidupan itu sekurang-kurangnya hendaklah ada baik budi bahasa yang menarikkan kesukaan orang kepada kita. Sanya adalah budi bahasa yang halus manusia di atas itulah yang amat dipandang orang. Biar pun bagaimana adanya pangkat kebesaran kita, atau kekayaan kalau tiada baik budi bahasa, maka tiadalah dipandang orang dan tidak malu segan melainkan dihina“.

Apabila berkata-kata maka termestilah memeliharakan lidah, iaitu sebelum daripada mengeluarkan perkataan itu hendaklah berfikir-fikir dahulu. Janganlah biasa berkata-kata dengan tiada berfikir apa-apa. Ingatlah selalu bahawa perkataan itu anak panah dan lidah itu busurnya, apabila terlepas ia maka tiadalah boleh dikembalikan lagi, dan apabila ia menikam kepada hati orang yang lain maka lukalah hati orang itu“.

Sesungguhnya kita sendiri, ayhai anakanda, tidaklah sedar yang diri kita sedang berjalan ke akhirat. Jikalau kita tidak selalu-selalu mengingati kepadanya yang kita pada tiap-tiap saat itu telah melangkah menuju ke tempat yang akhir itu, semakin hari adalah kita semakin dekat kepadanya“.

Hidup kita ini hanya jalan atau tempat singgah di dalam perjalanan kita kembali tempat kediaman kita yang kekal. Maka tempat yang kekal itu ialah akhirat itulah, sebabnya dunia itu dinamakan negeri yang fana dan akhirat itu negeri yang baqa. Dan itulah sebabnya tiap-tiap seorang manusia itu dituntut mengetahui jalan ke akhirat  supaya berbekal di dalam dunia ini mula pula ke negeri yang bawa dengan tiada kurang dan rugi“.

Dan lagi seorang yang ada berilmu tetapi tiada menggunakan ilmu itu bila-bila merasai rajin sahaja ilmu digunakan dan bila datang malasnya ditinggalkannya, sesungguhnya itulah orang yang khianatkan keuntungan diri sendiri.”

Dan selain daripada itu pula adalah sekuat-kuat pesanan memanda bahawa jangan sekali-kali mengkhianatkan manusia walaupun pada jalan meluluskan tujuan. Kerana bahawasanya khianat itu daripada syaitan. Adapun menyampaikan dan menjayakan barang yang diingin-ingin oleh manusia itu hanya Tuhan jua“.

2) Sebelas Rejab.

Novel ini mengisahkan konflik rumahtangga yang terjadi di antara suami isteri, Sulaiman dan Rafeah bersama anaknya, Mamat dengan campur tangan seorang orang luar bernama Jalal. Sulaiman telah digambarkan sebagai seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan kurang bijaksana dalam menguruskan rumahtangga akibat daripada pengaruh yang ditanamkan oleh Jalal, seorang outsider yang bertindak sebagai seorang kawan makan kawan, yang tamakkan harta, ingin merampasnya daripada kawan baiknya. Dengan kelicikannya, Jalal memainkan jarum halus, menawan hati Rafeah yang akhirnya menyebabkan rumahtangga Sulaiman dan Rafeah retak. Jalal berhasil mengahwini Rafeah dan membolot tanah dan harta yang ditinggalkan Sulaiman. Perbuatan ini mendapat balasan di akhir cerita di mana Mamat, bertindak sebagai hero, membalas perbuatan Jalal terhadap orang tuanya.

Novel ini mengisahkan konflik rumahtangga yang terjadi di antara suami isteri, Sulaiman dan Rafeah bersama anaknya, Mamat dengan campur tangan seorang orang luar bernama Jalal. Sulaiman telah digambarkan sebagai seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan kurang bijaksana dalam menguruskan rumahtangga akibat daripada pengaruh yang ditanamkan oleh Jalal, seorang outsider yang bertindak sebagai seorang kawan makan kawan, yang tamakkan harta, ingin merampasnya daripada kawan baiknya. Dengan kelicikannya, Jalal memainkan jarum halus, menawan hati Rafeah yang akhirnya menyebabkan rumahtangga Sulaiman dan Rafeah retak. Jalal berhasil mengahwini Rafeah dan membolot tanah dan harta yang ditinggalkan Sulaiman. Perbuatan ini mendapat balasan di akhir cerita di mana Mamat, bertindak sebagai hero, membalas perbuatan Jalal terhadap orang tuanya.

“Bukankah baik beringat berjaga daripada marabahaya itu sebelum dia mendatangi kita kerana pesanan orang-orang tua ‘sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna’ itu bukan sahaja ia benar, bertambah lagi di atas kebenaran itu telah banyak orang-orang yang telah menyesalkan lupa lalainya kemudian daripada balak bencana mendatangi dia pada hal kesesalanya itu telah menjadi sia-sia belaka”.

“Tetapi aduhai malangnya kehidupan orang yang lurus yang berharapkan sahabat handai yang khianat dan berhaluba tamakkan bagi faedah dan kemauan nafsunya sendiri”.
“Maka sekaranglah baharu aku mengetahui dan aku sedar bahawa Allah dan Rasul (SAW) itu mengamanahkan perempuan kepada laki-laki dan anak itu kepada ibu bapanya supaya berhidup di dalam sentosa dan bahagia”

“Bala bencana itu jika tiada terbit daripada kita sendiri adalah diterbitkan daripada orang yang berkehendakkan sesuatu faedahnya…”
“Bahawa tanah yang tidak diusahakan itu tiada ubahnya daripada sekeping batu yang mati dan orang yang tidak mengusahakan tanah-tanahnya itu tidaklah ubahnya daripada haiwan yang di cerang dan hutan rimba itu sama kepada mereka itu mempunyai tanah-tanah dengan tidaknya…”

“Aku telah percaya buta-buta kepada laki-laki ini tetapi biarlah aku diam dahulu aku datang bila aku sembuh daripada demam ini tidaklah wajib berserah tuli kepadanya kerana bagiku ada anak yang tunggal dan ia pun telah hampir-hampir boleh diperbuat berkira dan patut pula ia mengetahui sedikit sebanyak akan harta punya ibunya sendiri”
 
“Orang-orang tua daripada kita selalu berkata ‘mengharapkan kasih sayang yang sejati daripada manusia itu tidaklah jauh daripada mengharapkan bulan jatuh ke riba’, kenait (ibarat) daripada seolah-olah mustahil dapatnya dalam pada itu pun tak baik seseorang itu berputus asa, kerana kasih dan benci seorang kepada seorang itu di tangan Allah semata-mata”.

“Berkehendakkan orang muda kerana mengharapkan akan dikurnia Allah baginya anak, tubuh yang telah tua, harta pun ada apabila mati dengan tiada meningggalkan anak yang boleh mewarisinya tentulah harta itu akan berselerakkan dengan tiada tentu halanya dan anak itu ialah sebaik-baik pertolongan kepada ruh orang yang mati yang diharapkan mendoakan baginya apabila jasad terbenam ke dalam tanah perkuburan”.

“Berkehendakkan perempuan yang beriman kepada Allah dan Rasul supaya apabila dikurnia Allah anak daripadanya diharapkan anak yang saleh yang berbakti kepada ibu bapa dan hamba Allah sekalian, dan daripadanya menghidupkan nama baka keturunannya di dalam pergaulan hidup orang-orang di muka bumi, yang demikian diharapkan tidaklah menjadi sia-sia sahaja seperti kebanyakan anak yang telah  diperanakkan ke dalam dunia ini kerana manusia yang celaka itu lebih baik tidak diperanakkan dia”

3) Melati Kota Bharu.
Novel ini mengisahkan perjuangan politik beliau yang digambarkan melalui watak dua orang anak muda yang mempunyai wawasan yang tinggi untuk kemajuan anak bangsa. Berlatar belakangkan negeri Kelantan, novel ini membincangkan kedudukan gelaran Tengku dalam masyarakat, bagaimana perlunya persatuan untuk orang-orang Melayu, persatuan buruh, membentuk badan ekonomi Melayu, perjalanan politik tanahair, bagaimana membendung kebanjiran imigran Cina ke Kelantan dan sebagainya. Persoalan-persoalan ini dikupas dalam teknik dialog yang menarik di antara dua orang protagonisnya, Abdul Rahman dan Tengku Maimunah yang nama timang-timangnya 'Melati Kota Bharu'. Berbeza dengan Acuman Mahkota dan Sebelas Rejab yang lebih bebas dialognya dan tidak terasa kehadiran pengarangnya, Melati Kota Bharu amat terasa dan terdengar campur tangan pengarangnya dalam dialog watak-watak tersebut.

Novel ini mengisahkan perjuangan politik beliau yang digambarkan melalui watak dua orang anak muda yang mempunyai wawasan yang tinggi untuk kemajuan anak bangsa. Berlatar belakangkan negeri Kelantan, novel ini membincangkan kedudukan gelaran Tengku dalam masyarakat, bagaimana perlunya persatuan untuk orang-orang Melayu, persatuan buruh, membentuk badan ekonomi Melayu, perjalanan politik tanahair, bagaimana membendung kebanjiran imigran Cina ke Kelantan dan sebagainya. Persoalan-persoalan ini dikupas dalam teknik dialog yang menarik di antara dua orang protagonisnya, Abdul Rahman dan Tengku Maimunah yang nama timang-timangnya ‘Melati Kota Bharu’. Berbeza dengan Acuman Mahkota dan Sebelas Rejab yang lebih bebas dialognya dan tidak terasa kehadiran pengarangnya, Melati Kota Bharu amat terasa dan terdengar campur tangan pengarangnya dalam dialog watak-watak tersebut.

“…tetapi sekarang masa telah berubah zaman sudahlah beredar, kita manusia ini kenalah adat mengikut masa bukannya masa mengikut adat. Kalau berkekalanlah kita berpegang kepada adat sahaja dengan tidak memikirkan peredaran masa yang sentiasa berubah-ubah lagi maka bukanlah boleh dihitung kita orang yang hidup di dalam kandungan perubahan zaman yang beredar…” 

“Tetapi jikalau sudah anakanda tidak boleh menumpang daripadanya tentang ilmu pengetahuan, akal bicara, harta punya, maka janganlah pula akan menghabiskan harta punya anakanda sendiri dengan sebab bersuamikan kerabat yang berbangsa Tengku. Mengikut zaman kita ini bonda sebesar-besar aiblah kepada anak-anak perempuan itu jikalau bersuamikan orang yang tidak boleh memasuki majlis ahli-ahli ilmu pengetahuan, tidak boleh dibuat kira bicara dan akan menghabiskan harta punya sendiri..”

“Adapun zaman sekarang ialah zaman keinsafan dan keadilan, zaman manusia itu mengharapkan makna-makna kemanusiaan dan kehidupan akal dan kesuburannya perhubungan insaf dan adil itu tidak tersekat dan tergalang antara timur dan barat, maka itulah sebabnya tulah dan ditimpa daulat itu telah berkubur”.

“Sesungguhnya adalah kejadian manusia itu mengandungi di dalam dirinya persambungan yang tersembunyi antara dua aliran seruan hati yang boleh diibaratkan magnet baginya antara laki-laki dengan perempuan. Apabila terpetik salah satu daripada keduanya maka berjalanlah seruan hati ke atas yang satu lagi itu sebagai penarik besi berani atau istijelab yang merupakan panggilan dan mengkhabarkan keadaan tanggungannya… ”

“Nyatalah sangat begitu dan menambahkan harapan dan perserahan itu janganlah kita lalai, kerana Allah itu tiada mengubahkan nasib manusia, melainkan apabila kita sendiri mulai mengubahkan nasib itu. Oleh sebab itulah sebaik-baik ingat dan rahmat Allah itu ke atas orang yang ingat”.

“Tetapi kepada orang yang memikirkan asal usul manusia itu tiadalah tempat terbitnya lain daripada Adam dan Hawa yang kejadiannya daripada tanah hidup sekaliannya, di atas tanah dan tempat kembalinya ke dalam tanah jua”

“Oleh sebab itu lain daripada ikhtiar dan beringat-ingat itu termestilah kita bersungguh-sungguh memohon pertolongan Allah dan berharap kepada-Nya.” 

“… Kasih berahi kepada orang muda itu bukanlah semata-mata kasih berahikan kemudaan rupa parasnya, budi pekertinya, ilmu pengetahuannya, lebih lagi daripada itu kasih berahikan imannya yang teguh, kesabarannya yang kuat, akal fikirannya yang tetap lagi berahi serta bersetujuan pandangan dan pendapatnya pada kehidupan di dalam alam ini”.

“Tetapi apa boleh buat rupanya telah teradatlah di dalam alam ini tiap-tiap manusia itu ada baginya kelebihan yang tertentu daripada orang lain dan ada pula kekurangan yang tertentu di atas dirinya daripada yang lainnya. Jikalau tidak nescaya alam ini hanya mengandungi perkara atau benda yang bersamaan sahaja di mana-mana dan di dalam segala masa”.

“Oleh sebab itulah kebanyakan masa dan tempat itu kita lihat orang-orang yang di dalam kawasan belia itulah yang sangat-sangat kuat perasaan dan kecenderungannya tertarik masuk ke dalam lingkungan menyerupai orang-orang yang memerintah atau menaklukkan mereka itu dan juga mereka-mereka yang bebal”.

“Tatakala kita telah sama-sama berani memecahkan adat, maka adat bagi hati yang berteguh setia itu beranilah pula menanggung apa pun bahaya bencana yang mendatangi kita.” 

“Seseorang yang tiada memperbuat kemuliaan-kemuliaan pekerjaan itu pada makna kehidupan pergaulan, maka ialah kerendahan dan kehinaan walaupun ia menghantarkan ke atas namanya itu dengan apa-apa kalimah yang berseri-seri sebutan…”

Naskah yang diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris.

Naskah yang diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris.

Saya telah meneliti hampir keseluruhan karya-karya Abdul Kadir Adabi samada ulasan berbentuk rencana di dalam beberapa majalah-majalah dan kupasan novel-novel didaktik, tidaklah keterlaluan jika saya katakan Abdul Kadir Adabi sebagai ‘The Little Hamka’. Walaupun Abdul Kadir Adabi bukanlah seorang yang berstatus dalam kalangan ulama, namun daripada satu sisi yang lain merupakan insan yang banyak menyumbang kepada pembangunan fikrah umat. Beliau hidup sezaman dengan Prof Dr Hamka namun tiada fakta-fakta yang kukuh dalam menerangkan hubungan bilateral sesama mereka ketika itu. Sepertimana juga Prof Dr Hamka, seorang ulama merangkap sasterawan yang bergerak cergas mencurahkan pendapat di dalam Majalah Panji Masyarakat dan Pedoman Masyarakat, penglibatan Abdul Kadir Adabi dalam bidang penulisan terutamanya ketika bersama Majalah Pengasuh, al-Hidayah dan al-Hikmah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang yang cukup profilik dalam menghasilkan karya-karya yang bermanfaat untuk masyarakat.

Tanpa kita sedari, kita pernah memiliki seorang tokoh pemikir yang prolifik. Namun, oleh kerana beliau dijemput pulang ke Rahmatullah di dalam usia yang masih muda, dan juga kurang pendedahan yang dilakukan menyebabkan kebanyakan daripada generasi hari ini tidak mengenali beliau serta sumbangannya dalam dunia penulisan sebelum merdeka melainkan yang dikenali hanya Maktab Adabi, Jalan Abdul Kadir Adabi dan anak tunggal beliau, Mansor Adabi (suami pertama Natrah). Memandangkan kesemua buku-buku karya Abdul Kadir Adabi tidak lagi berada dalam pasaran, saya sangat berharap pihak Dewan Bahasa Pustaka mengambil inisiatif untuk mencetak kembali karya-karya beliau yang sangat berharga ini seperti mana usaha yang telah dilakukan terhadap karya-karya Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) terhadap buku-bukunya seperti Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri dan lain lain.


Cadangan:
Dan sekiranya pembaca berminat untuk mengetahui biografi penuh dan pemikiran Abdul Kadir Adabi dalam pelbagai lapangan kehidupan zaman sebelum merdeka, yang diterjemahkan melalui tulisan-tulisan beliau di dalam majalah-majalah seperti Kencana, Pengasuh, al-Hidayah dan al-Hikmah, boleh dapatkan buku tulisan Abdul Rahman al-Ahmadi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka di Dawama.

Abdul Kadir Adabi dan Asaad Shukri: Suatu Perbandingan. Cetakan Pertama 2004.

Abdul Kadir Adabi dan Asaad Shukri: Suatu Perbandingan. Cetakan Pertama 2004.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan yang dilakukan dan semoga beliau di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Marilah kita sama-sama sedekahkan pahala bacaan al-Quran kepada beliau, mudah-mudahan ilmu yang beliau curahkan kepada masyarakat digolongkan sebagai ilmu yang bermanfaat (Ilm yuntafa’u biha).

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

May 21, 2014 at 4:41 PM

Posted in Education

Warisan Syed Syeikh al-Hadi

with 3 comments

 

 

 

Image

Foto: Alijah Gordon (The Real Cry of Syed Shaykh al-Hadi)

 

Perpustakaan Utama Universiti Malaya dan Perpustakaan Peringatan Za’ba kini masih menyimpan pelbagai koleksi karya-karya lama yang dihasilkan oleh penulis-penulis prolifik di Tanah Melayu sejak dari awal abad ke-20 lagi. Sebahagian besar naskah-naskah ini telah dihasilkan dalam bentuk tulisan jawi dan rumi yang menggunakan gaya bahasa Melayu lama dan dicetak dalam bentuk paperback. Kebanyakan syarikat percetakan yang menghasilkan naskah-naskah ini sudah tidak beroperasi lagi. Antaranya The Jelutong Press, Sinaran Brothers, Mat’baah al-Asasiah Press, al-Ahliyah Press, Pustaka Dian*, Pustaka Aman Press*, Pustaka Antara* dan lain-lain lagi. (*masih beroperasi)

Kemunculan syarikat-syarikat percetakan ini merupakan hasil tindakbalas daripada kelahiran inteligensia Melayu yang baru pulang dari menuntut ilmu di Timur Tengah, terus gigih menyadarkan masyarakat Melayu yang masih hidup dalam keterpurukan dan kemunduran, dengan berkarya, menulis di akhbar-akhbar dan menterjemah hasil karya-karya dalam genre penulisan baru yang sebahagian besarnya merupakan saduran daripada sastera Perancis menerusi perantaraan Mesir. Kebanyakkan penuntut dari Tanah Melayu yang melanjutkan pelajaran atau mengadakan lawatan ke Mesir sedikit sebanyak terpengaruh dengan bentuk penulisan genre baru berbentuk novel seperti novel Zainab karya Mohamed Hussein Haikal dan pebagai lagi. Tokoh-tokoh yang telah mencipta nama sebagai antara perintis bentuk penulisan genre baru ini antaranya ialah Muhammad bin Muhammad Said (Dato’ Laksamana Kelantan), Syed Syeikh al-Hadi dan lain-lain lagi.

Novel Cherita Kecurian Lima Million Ringgit yang diterjemah oleh Dato’ Laksamana pada tahun 1922 telah dinyatakan oleh William R. Roff sebagai novel pertama seumpamanya di Tanah Melayu. Manakala sesetengah pendapat mengatakan bahawa Novel Faridah Hanum karya Syeikh Syed al-Hadi merupakan novel Melayu pertama yang dihasilkan dalam 2 penggal, 1925 dan 1926. Perbezaan ini dikatakan berpunca disebabkan oleh kesukaran pengkaji untuk meneliti samada karya tersebut merupakan karya asli, adaptasi ataupun terjemahan. Apabila saya menyatakan penulisan genre baru berbentuk novel ini, ia bukanlah sepertimana novel versi moden yang digambarkan oleh kita semua. Perlu difahami, latar masa ketika itu (circa 1900-1939) sudah semestinya berbeza dengan zaman sekarang. Penulisan yang dihasilkan oleh inteligensia-cendekia ketika itu telah dijadikan sebagai platform untuk mengekspresikan idea, melakukan kritikan sosial, mengutarakan saranan serta nasihat hasil tindakbalas persekitaran kehidupan yang dialami umat Melayu dalam era kolonial. Maka, novel-novel yang dihasilkan ketika itu tidak boleh disamaertikan dengan sebahagian besar novel-novel sekarang yang lebih berbentuk fantasi dan ‘kurang bermakna’.

Antara penulis prolifik yang telah menghasilkan banyak karya samada asli mahupun saduran ialah Syed Syeikh al-Hadi. Sebahagian besar penulis di alam maya dan alam realiti telah menulis dengan lebih lanjut berkenaan tokoh ini antaranya; Alijah Gordon (The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady), Talib Samat (Sasterawan Progresif Melayu), Sohaimi Abd Aziz (Cendekia dan Sasterawan Ulung) dan ramai lagi. Untuk memudah dan meringkaskan pembacaan berkenaan tokoh ini, alangkah eloknya jika satu garis masa dilakukan.

1867 – Dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka. Bapa berbangsa Arab dan berketurunan Hadaramaut. Menghabiskan zaman remaja di Melaka, Kuala Terengganu, Pulau Penyengat dan Timur Tengah.

1895 – Menerima pelajaran daripada Syeikh Muhammad Abduh (1849-1905) di Mesir ketika berusia 28 tahun. Sekembalinya, beliau berkahwin dengan sepupu, Syarifah Sheikhun binti Muhammad al-Hadi (isteri pertama) di Pulau Penyengat, Riau. Dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.

1901 – 1911 – Ketika berusia 34 tahun, bapa angkat beliau, Raja Ali Haji Kelana telah memindahkan segala urusan syarikat Batam Brickworks (kilang batu bata) di Singapura kepada beliau menggantikan Mr. Benson.

1906 – 1908 Menerbitkan Majalah al-Imam di Singapura sekembalinya dari Timur Tengah. Majalah ini dicetak oleh Matbaah Melayu Tanjung Pagar dan kemudiannya al-Imam Printing Company Limited. Penerbitan dihentikan kerana menghadapi kesulitan kewangan.
Image

Talib Samat (Sasterawan Progresif Melayu) p.35

1907 – 1909 – Menubuhkan Madrasah al-Iqbal di Singapura yang merupakan madarasah pertama ditubuhkan oleh beliau bersama rakan-rakan seperjuangan, Syeikh Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syeikh Mohamad bin Salim al-Khalali.
1909 – 1915 – Dilantik menjadi peguam di Mahkamah Syariah Johor Bahru ketika berusia 42 tahun. Beliau dilantik sebagai peguam syariah kerana jasa dan sumbangan pemikirannya yang progresif.
1915 – 1916 – Menubuhkan Madrasah al-Hadi di Melaka yang merupakan madrasah kedua ditubuhkan lanjutan daripada kegagalan madrasah pertama. Namun, madrasah kedua ini juga gagal mendapat sambutan orang Melayu Melaka.
1919 – Berhijrah ke Pulau Pinang dan menubuhkan Madrasah al-Mashoor yang merupakan madrasah ketiga bermatlamat untuk memperluas sistem pendidikan bercorak reformasi Islam.
1922 -Membukukan karya bersiri dalam Majalah al-Imam iaitu al-Tarikh al-Islami (saduran) setebal 205 halaman. Diterbitkan oleh al-Imam Printing Press.
1925 – Menghasilkan novel pertama, Faridah Hanum. Novel ini telah dicetak dalam dua penggal, 1925 dan 1926 (The Jelutong Press). Cetakan ulangan telah dilakukan pada 1964, 1965 dan 1985 (Pustaka Antara).
Image

Cetakan pertama 1925 (bawah), cetakan kedua 1964 (tengah) dan cetakan keempat 1985 (atas).

1926 – 1931 – Menerbitkan Majalah al-Ikhwan selepas memulakan langkah baru di Pulau Pinang. Dicetak oleh The British Malaya Company dan kemudiannya dicetak sendiri oleh The Jelutong Press yang dimiliki oleh beliau sendiri. Antara rencana yang dikeluarkan ialah; Teriak Yang Sebenar.

Image

Talib Samat (Sasterawan Progresif Melayu) p.41

1927 – Memulakan penghasilan karya-karya keagamaan bermula dengan judul Tafsir Juz’ Amma (saduran). Diterbitkan oleh The Jelutong Press.

1928 – Menghasilkan dua buah novel baru dan sebuah buku keagamaan, Hikayat Taman Cinta Berahi (400 halaman), Hikayat Anak Dara Ghassan (1000 halaman) dan Tafsir al-Fatihah (saduran). Diterbitkan oleh The Jelutong Press.

Hikayat Anak Dara Ghassan.

Hikayat Anak Dara Ghassan.

1928 -1934 – Di dalam tempoh ini, beliau telah menghasilkan 7 buah karya siri-siri Cerita Rokambul antaranya; 1) Cerita Rokambul dalam Jel dan di Paris (398 halaman). 2) Cerita Rokambul dalam Siberia (400 halaman). 3) Cerita Rokambul dengan Puteri Russian yang Asyik (498 halaman). 4) Cerita Rokambul dengan Korban Hindi (502 halaman). 5) Cerita Rokambul dengan Malium Kaum nur (508 halaman). 6) Cerita rokambul dengan Taman Penglipur Lara (269 halaman). 7) Cerita Rokambul dengan Perbendaharaan Hindi (509 halaman). Kesemuanya diterbitkan oleh The Jelutong Press.
Rokambul

Rokambul dengan Perbendaharaan Hindi (509 halaman)

Cerita Rokambul dengan Malium Kaum Nur (508 halaman)

Cerita Rokambul dengan Malium Kaum Nur (508 halaman)

Angan-Angan Kehidupan:

Angan-Angan Kehidupan: The Moral Trainer

1929 – Tambahan dua novel baru, Hikayat Cermin Kehidupan (604 halaman) dan Hikayat Puteri Nurul Ain (200). Diterbitkan oleh The Jelutong Press.
Hikayat Cerminan Kehidupan

Hikayat Cerminan Kehidupan

Hikayat Nurul Ain

Hikayat Puteri Nurul Ain

1930 – Tambahan sebuah buku keagamaan berjudul Alam Perempuan (saduran) hasil terjemahan buku Tahrir al-Mar’ah karya Qasim Amin. Diterbitkan oleh The Jelutong Press.
Alam Perempuan

Kitab Alam Perempuan

1931 – Karya keagamaan yang asli, Kitab Agama Islam dan Akal telah dihasilkan. Diterbitkan oleh The Jelutong Press (1931) dan Pustaka Dian Kota Bharu (1965).
K

Kitab Agama Islam dan Akal

1933 – 1934 – Melibatkan diri dengan akhbar Saudara yang dikendalikan oleh anaknya, Syed Alwi al-Hadi. Akhbar ini dicetak oleh The Jelutong Press. Pada tahun ini juga, sebuah lagi buku keagamaan berjudul Hadiah Kebangsaan (saduran) terbitan The Jelutong Press.

1934 – Syed Syeikh al-Hadi menghembuskan nafas terakhir pada malam Rabu, di rumahnya beralamat No 410, Jalan Jelutong, Mukim Jelutong, Pulau Pinang. Beliau dimakamkan di tanah perkuburan Masjid Jelutong.


Kediaman Syed Syeikh al-Hadi.

Foto: Alijah Gordon (The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady)

Foto: Alijah Gordon (The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady)

 

Foto: Alijah Gordon (The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady)

Foto: Alijah Gordon (The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady)

 

Foto: Alijah Gordon (The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady)

Foto: Alijah Gordon (The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady)

 

Foto: Alijah Gordon (The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady)

Foto: Alijah Gordon (The Real Cry of Syed Shaykh al-Hady)

 

Foto terkini Kediaman Syed Syeikh al-Hadi. Kediaman ini telah dijual kepada seorang

Foto terkini Kediaman Syed Syeikh al-Hadi. Kediaman ini telah dijual kepada seorang wanita Cina untuk dijadikan sebuah Tokong.

Ini merupakan kediaman tokoh pemikir dan pembaharu umat Islam di Tanah Melayu sekitar awal abad ke-20. Selepas kematian beliau, ia telah dijual kepada seorang wanita dan sejak itu dijadikan sebuah Tokong Cina. Besar cita-cita dan harapan kita agar suatu hari nanti kediaman ini dapat tuntut semula dan dijadikan salah satu warisan khususnya dalam menerangkan kepentingan sejarah perkembangan pemikiran umat Islam di Malaysia. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara dan Persatuan Sejarah Malaysia diharap dapat merintis usaha-usaha dalam mengembalikan warisan yang setelah sekian lama di pinggirkan. Jika Rumah Kelahiran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang terletak di Jalan Tun Perak off Jalan P Ramlee, Pulau Pinang diberi dana oleh kerajaan dan dengan usahasama FINAS untuk dibaik pulih serta di jadikan sebuah memorial kerana mengenangkan sumbangan beliau dalam industri seni tanahair, kenapa tidak Syed Syeikh al-Hadi? Beliau telah menyumbang bukan sedikit dalam memberi kesedaran tentang pembaharuan pemikiran (tajdid) kepada umat Islam di Tanah Melayu. Pelbagai wacana dan forum telah dianjurkan oleh pihak universiti dan pertubuhan Islam dalam mengupas sumbangan dan peranan yang telah dimainkan oleh beliau. Sudah tiba masanya Tokoh Kaum Muda ini diberi pengiktirafan lebih-lebih lagi usaha beliau dalam mengembangkan dunia pendidikan dan keagamaan. Semoga hasrat ini dapat direalisasikan. Bi’iznillah.

 

Sumber Gambar;

  • Alijah Gordon, (ed.) The real cry of Syed Sheikh al-Hady. 1999.
  • William Roff, The Origins of Malay Nationalism, 1967.
  • Talib Samat, Sasterawan Progresif Melayu, 1992.
  • Sohaimi Abd Aziz, Cendekia dan Sasterawan Ulung, 2003.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 21, 2014 at 9:08 PM

Posted in History

Pengalaman Hidup

leave a comment »

The Challenging Times merupakan kumpulan artikel-artikel yang ditulis oleh Almarhum Tunku di dalam tahun 80-an

Challenging Times merupakan kumpulan artikel-artikel yang ditulis oleh Almarhum Tunku di dalam tahun 80-an

Unity in Diversity

Unity in Diversity, satu ungkapan yang senantiasa kedengaran khususnya di dalam negara ini dalam menerangkan konsep multi-ras, multi-budaya dan pelbagai lagi demi menjaga hubungan baik antara masyarakat pelbagai kaum berbilang bangsa dan berlainan agama. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra (semoga Allah SWT menerima amal kebaikannya) di dalam buku beliau berjudul ‘Challenging Times’ menyatakan keinginan Raja Faisal, pemerintah kerajaan Saudi ketika itu supaya beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang baru sejurus meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Lantikan tersebut di buat setelah mengambil kira keupayaan dan kebolehan Almarhum Tunku menyatukan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia untuk hidup harmoni di dalam sebuah negara baru.

Memetik kata-kata King Faisal:

I know all about you and I am not asking you to be the imam of Islam. I know you can bring about Islamic unity“. Challenging Times. p.226

Tidak dapat dinafikan, kita perlu akui bahawa tugas untuk memimpin dunia Islam bukanlah satu tugas yang mudah, bahkan ia lebih rumit jika dibandingkan secara apple-to-apple dalam konteks Malaysia. Apa tidaknya, negara-negara Islam yang menganjur dari benua Afrika Utara hingga ke Selatan Nusantara itu kebanyakkannya baru mengecapi nikmat kemerdekaan daripada Tuan Kolonial selepas berakhir perang dunia ke-2. Kebanyakan negara-negara OIC pula mewakili umat Islam yang menganut pelbagai mazhab dan aliran dan ini sedikit sebanyak mengujikan kebijaksaan Tunku dalam memberi pandangan dan pendapat berdasarkan isu-isu semasa yang melingkari zamannya. Walau bagaimanapun, Tunku dengan pengalaman yang ada terbukti mampu menggalas tugas tersebut dengan baik.

 

Tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri (1957-1970) dan Setiausaha Agung OIC (1971-1973) telah mewakili daerah pemikiran dan pendekatan yang berbeza dalam mewujudkan kesepaduan dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia dan Dunia Islam amnya. Walaupun terdapat sesetengah pihak generasi baru tidak sependapat dengan pendekatan beliau berhubung Secular State dan beberapa isu lain, perlu diakui bahawa Tunku telah banyak menyumbang kepada Dunia Islam dan umat khususnya PERKIM dan RESEAP. Sekurang-kurangnya, walaupun kita yang dilahirkan dalam sebuah negara yang sudah merdeka tanpa merasai jerit perit kesusahan hidup yang dialami masyarakat sebelum merdeka perlulah menyelami latar masa dan merasai keadaan zaman tersebut untuk mengetahui sebab dan punca sesuatu pendekatan yang diambil oleh insan yang terdahulu dan tidak hanya ‘completely dismissed‘ mereka yang tidak sealiran dengan kita.

Bila saya membawa contoh seperti Almarhum Tunku, bukanlah bermakna saya merupakan seorang pengkagum para pejuang aliran kebangsaan, cuma mesej yang ingin saya sampaikan adalah; tidakkah boleh kita melihat sisi-sisi kebaikan yang telah dilakukan insan semasa hayatnya tanpa dinafikan beberapa kelemahan yang mesti ada selagi mana dia bernama manusia.

Memetik kata-kata Tunku:

We faced the greatest challenge to life. As a result, I took to prayer and made a study of the religion. From that moment, my life changed“. Challenging Times. p.138

 

Memahami Teks dan Konteks

Setelah mencapai kemerdekaan 57 tahun yang lalu, kita ketandusan produk-produk insaniah seperti Tunku. Negarawan ulung yang mempunyai sudut pandang yang luas dan mampu menangani kerumitan kepelbagaian ideologi dan pemikiran di awal penubuhan Malaya dengan berlapang dada. Masyarakat moden hari ini, dengan segala kecanggihan sains dan teknologi yang melingkari kehidupan ini (ujian Tuhan untuk umat zaman ini), perlu menggarap sebaik mungkin kebolehan dan kemudahan untuk menjadi seorang insan yang kritis, progresif yang Islamis. Agamawan khususnya, perlu mempunyai suatu pandangan yang rentas sempadan dalam melihat kewujudan kepelbagaian aliran yang muncul dan mempunyai penilaian yang baik terhdap sesuatu perkara yang terjadi di dalam kehidupan ini. Zaman dimana agamawan hanya perlu melihat kepada teks semata-mata sudah berlalu. Institusi dan akademi pengajian agama kita tidak perlu lagi melahirkan agamawan yang bersifat demikian. Kewujudan agamawan yang rigid dan literal dalam melihat sesuatu teks (nas) semata-mata tanpa melihat konteks akan menyebabkan kerugian kepada perkembangan umat Islam. Proses ijtihad pula perlu berlangsung secara terus-menerus dengan melihat kepada kerangka yang lebih luas dan mengambil kira pelbagai aspek supaya penyakit umat terdahulu seperti bertaqlid buta mampu dihindari.

 

Syed Syeikh al-Hadi bersama cucu beliau, Syed Muhammad bin Alwi al-Hady

Syed Syeikh al-Hadi bersama cucu beliau, Syed Muhammad bin Alwi al-Hady

Di sini, perlunya kita melihat kepada institusi-institusi yang membentuk sikap dan melahirkan pemikiran agamawan sebagai generasi penerus kesinambungan di kemudian hari. Walaupun institusi-institusi pengajian yang wujud di Tanah Melayu 100 tahun yang lalu seperti Madrasah al-Mashoor di Penang (1919) dan Madrasah Muhammadiyah di Kelantan (1917) tidak semekar seperti yang ada pada hari ini, akan tetapi generasi terdahulu telah merintis beberapa perkara di mana sebahagian besar generasi hari ini telah dan sedang menikmati hasil semaian mereka. Pelopor pemikir seperti Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934), Abdul Kadir Adabi (1901-1944) dan Zainal Abidin Bin Ahmad @ Za’ba (1895-1973), (semoga Allah memberi ganjaran atas usaha mereka) walaupun dibangkitkan daripada kancah suasana persekitaran yang tidak kondusif di era kolonial namun masih mampu menyumbang sesuatu yang berharga kepada umat Islam di Tanah Melayu sehingga kini, ‘menggerakkan mana-mana tidur, membangkitkan mereka dari lena yang panjang’ dengan penuh hikmah dan sabar. Dan antara satu kelebihan yang ada pada generasi terdahulu yang tiada pada sisi sebahagian besar daripada kita generasi terkemudian ini dalam berdakwah menyampaikan ilmu, menegur kecacatan dan kelompongan yang berlaku di dalam masyarakat iaitu; kekurangan pengalaman hidup.

 

Abdul Kadir Adabi, wira yang tak di dendangkan.

Abdul Kadir Adabi, wira yang tak di dendangkan. Pemergiannya sewaktu usia yang masih muda merupakan satu kehilangan besar untuk kita semua.

 

Kekurangan pengalaman hidup inilah mendorong kita untuk melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu akan akibat dan kesan yang akan dihadapi dalam menangani kepelbagaian aliran. Hal ini berlaku khususnya di universiti dan institusi pengajian agama di mana pengikut pelbagai aliran pemikiran yang sebahagian besarnya anak-anak muda yang baru mengenal dunia keilmuan. Cabaran yang kita hadapi merupakan cabaran lama yang muncul dalam versi baru. Pertembungan pengikut aliran Sufi-Salafi, Asya’ari-Madkhali dan Tradisionalis-Modernis merupakan satu ‘comeback‘ kepada apa yang berlaku hampir 100 tahun lalu di Tanah Melayu. Walaupun ianya tidak lagi dinamakan Kaum Tua atau Kaum Muda, namun sikap sesetengah mereka secara tidak langsung mewakili kelompok-kelompok tersebut. Sikap sindir-menyindir, perli-memerli dan kutuk mengutuk atas nama memperbetulkan kesilapan dalam memahami keaslian amalan agama yang terjadi di media baru saban hari adalah punca-punca lain terjadinya perpecahan dalam kalangan umat Islam. Ia diburukkan lagi oleh sikap sesetengah agamawan yang gagal memahami waqi (the understanding the reality), dan tidak dapat membezakan di antara usul fiqh (fundamental of jurisprudence) dengan furu’ (branches of jurisprudence) yang akhirnya membawa kepada tercetusnya bibit-bibit permusuhan dalam kalangan pengikut.
Almarhum Prof Dr Hamka, insan kebangsaan seluruh Nusantara.

Almarhum Prof Dr Hamka, insan kebanggaan seluruh Nusantara.

 

Bersederhanalah

Bersederhanalah dan berlapang dada lah. Selagi mana aliran pemikiran mana-mana kelompok (schools of thought) masih berada di dataran sunnah, yakni masih terikat dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah dan selagi mana ia tidak melampaui batas-batas agama (exaggeration), maka bersederhana lah. Tanganilah jiwa muda yang sedang bergelojak dan membara di kala usia muda sebegini. Contohi lah kelunakan Imam as-Syafi’e (767-820) dan kelembutan Imam al-Ghazali (1058-1111) rahimahullahu anhum dalam menyampaikan ilmu kepada sasaran dakwah mereka. Dan adalah sesuatu yang baik juga rasanya jika kita mengambil pedoman daripada kesederhanaan Almarhum Prof Dr. Haji Abdul Malik Bin Abdul Karim Amrullah atau Buya Hamka di dalam menangani kepelbagaian aliran pemikiran dalam kehidupan beragama. Selain karya ulung Tafsir al-Azhar dan lain-lainnya, karya beliau yang berjudul Falsafah Hidup merupakan karya yang menjadi inti kepada kesederhanaan dalam melihat kepelbagaian pemikiran yang muncul dalam kehidupan. Almarhum Buya Hamka tidak hanya menegur apa-apa yang difikirnya tidak betul dalam masyarakat sebaliknya turut memberi penawar untuk merawatnya sebagai contoh karya beliau yang berjudul Tasawuf Moden, sebuah buku yang menerangkan ciri-ciri sebenar amalan Tasawuf hasil reaksi beliau terhadap beberapa amalan tarikat sufi yang menyeleweng di Indonesia.

Di dalam konteks universiti di Malaysia, samada mahasiswa-mahsiswi tergolong baik dalam kumpulan harakah mahupun dakwah, masing-masing ingin mencari redha Allah menerusi jalan dan gerak kerja yang berbeza menurut kesesuaian kebolehan mereka dalam usaha untuk sampai kepada matlamat yang ingin dituju. Samada mereka mewakili Jama’at Tabligh atau pun IKRAM, PEMBINA dan lain -lain pertubuhan dakwah, masing-masing menyimpan walau sekelumit cita-cita untuk menyahut seruan berdakwah. Dan jika seseorang itu meminati kelancaran al-Habib Ali Zaenal Abidin ketika memberi tausiyah, mereka pergi ke Masjid Muadz Bin Jabal di Setiawangsa manakala kepada yang ingin mendengar ulasan-ulasan agama yang kontemporari oleh Prof Dato’ Dr Asri Zainul Abidin, maka mereka boleh menuju ke KGPA di Damansara. Bagi yang berminat mendengar ulasan speaker-speaker dari luar negara boleh menghadiri program-program yang dianjurkan oleh al-Maghrib Institute atau al-Kauthar Institute seperti Ilm’ Fest dan Twins of Faith. Maka tidak perlu lah satu pihak merendahkan kumpulan pihak yang lain yang tidak sependapat dengan mereka. Kutiplah ilmu dari mana-mana daerah sekalipun asalkan ia masih tidak melencong dari dua jalan asal iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Maka amat rugilah jika kita terlalu fanatik terhadap satu aliran dengan mengenepikan aliran yang lain dengan meninggalkan sebahagian besar khazanah ilmu yang tersimpan dalam aliran tersebut.

Ambil lah mana-mana ilmu yang bermanfaat, dan tinggallah mana-mana yang tidak perlu.

**Artikel ini juga telah disiarkan di The Malaysia Insider bertajuk Kesepaduan Dalam Kepelbagaian Aliran.
 

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 16, 2014 at 4:45 PM

Posted in Education

Alhamdulillah! Saya kembali.

with 3 comments

 

Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah !

Setelah lebih daripada setahun saya meninggalkan bidang penulisan di The Kelantan Times, dengan nikmat kesihatan akal dan kelapangan masa yang dikurniakan Allah SWT, hari ini saya mengambil keputusan untuk kembali menulis. Kotak e-mail dipenuhi dengan berpuluh-puluh pertanyaan-persoalan daripada netizens yang meminta supaya meneruskan ‘Press’ ini. Berpuluh-puluh draft artikel masih tergantung, juga komentar-komentar pengunjung setia yang tidak sempat di balas, saya memohon ribuan kemaafan.

Saya mengambil  keputusan untuk ‘bercuti’ lebih daripada setahun tersebut disebabkan ingin menumpukan sepenuhnya terhadap pengajian tahun akhir di Universiti Malaya. Diharapkan, dalam tempoh berbaki ini (insya-allah sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Warwick, U.K) saya dapat memanfaatkan ruang dan peluang untuk cuba menyiapkan bebarapa draft artikel yang masih tergantung. Di dalam artikel-artikel yang seterusnya, beberapa skop baru akan ditampilkan dalam penulisan khususnya berkaitan tokoh-tokoh, kesusasteraan, pendidikan dan keagamaan.

Memetik kata-kata sahabat; “Di saat insan tersungkur di dalam kehidupan, ia pantas bangkit untuk terus mara. Beberapa perkara yang terjadi dalam kehidupan ini dengan takdir-Nya tidak akan melemahkan semangat insan sebaliknya menguatkan tekad dan meneguhkan azam untuk meneruskan cita-cita, meneruskan sisa-sisa kehidupan untuk berbakti. Kerana kejatuhan itu, insan memilih untuk bangun!”

 

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 3, 2014 at 7:22 PM

Posted in News

December 7, 1941: 71 years ago..

leave a comment »

Dec 7, 1941, nearly 71 years ago, 11.45 PM local time, The British defence troops on the Badang and Sabak beaches reported ships anchoring about 1 and a half miles from the coast. The Japanese convoy of ships consisted of three large transport (Awajisan Maru, Ayatosan Maru, Sakura Maru) escorted by five Sendai Light Cruisers and squadron of destroyers (isonomi, Uranami, Shikinami and Ayanami). The army was from the 56th Infantry Regiment of the 18th Division of 25th Army under the Command of Major General Hiroshi Takumi. Shortly afterwards, the beaches artillery opened fire and was replied by the Japanese. This historic moment precludes the war had begun in British Malaya. In conjunction with 71st anniversary of the Japanese troops landing in Kota Bharu, let us take a look at some of its traces that still apparent in the vicinity of Kota Bharu.

Below, glimpse to some historical remnants found in Kelantan, Kota Bharu coastal in particular steal the show. These octagon-shaped pillboxes were built by the British Army in 1939/1940 as barricade during the dawn of World War II. For this purpose, these pillboxes were constructed along the coast streches from Tumpat, Kelantan to Kuala Besut, Terengganu. Apart from the coastal areas, such construction are also found at other strategic places such as the Kelantan riverside and near the airport of Kota Bharu. A Pillbox is made by of concrete cement that could accommodate 9-12 soldiers. Each box has a narrow hole at every corner which is meant for observing and shooting enemies with guns. At present, there are 25 pillboxes discovered, but most of them are sunken due to the coastal erosion throughout each year.

Map of Kota Bharu.

Map of the coastal of Kota Bharu.

The landing assault of the Takumi Detachment at Kota Bharu coastal.

The landing assault of the Takumi Detachment at Kota Bharu coastal.

LEFT SECTOR OF KELANTAN BEACH DEFENSE.
1) Jubakar Pantai, Tumpat.

a pillbox at Jubakar Pantai, Tumpat.

a pillbox at Jubakar Pantai, Tumpat.

neglected in a bush.

Neglected in a bush.

2) Pengkalan Chepa.

Well-protected pillbox.

Well-protected pillbox in town.

...

The 1st Hyderabad Indian State Forces defended the Kota Bharu airfield in Kelantan. This pillbox is located near a junction at Pengkalan Chepa road near the airport. A pillbox located beside the main runway of the Kota Bharu airport.

CENTRAL SECTOR OF KELANTAN BEACH DEFENSE.
3) Jalan Post Office Lama, Kota Bharu.

Located behind Pelangi Mall.

Located behind Pelangi Mall, The left sector of the 8th Indian Brigade is on the left bank of the Kelantan River.The beach defense in this sector was manned by the 2/12th Frontier Force Rifles. There is one pillbox left on this sector at Jubakar, Tumpat near the Thai border.

Still protected despite in the middle of construction.

Still protected despite in the middle of construction.

4) Pulau Kundor, Pantai Cahaya Bulan.

Hidden in a remote area.

Hidden in a remote area. It covered the Kota Bharu beach near the airfield and was defended by the 3/17th Dogra Regiment.

Located 200 meters from the sea.

Located 200 meters from the sea.

RIGHT SECTOR OF KELANTAN BEACH DEFENSE.
5) Kampung Perupok, Bachok.

The right sector of the Kelantan beach defence was from Bachok beach to Kuala Besut on the Terengganu border.

The right sector of the Kelantan beach defence was from Bachok beach to Kuala Besut on the Terengganu border.

The 2/10th Baluchistan Regt defended this sector which covered the beach near Gong Kedak airfield.

The 2/10th Baluchistan Regiment defended this sector which covered the beach near Gong Kedak airfield.

This is a result of constant coastal erosion.

This is a result of constant coastal erosion.

6) Pantai Kuala Belongan, Bachok.

..

It’s all about time to be sunken.

There used to be a large number of pill boxes along the state’s coastline, but many have succumbed to the forces of nature and erosion.

There used to be a large number of pill boxes along the state’s coastline, but many have succumbed to the forces of nature and erosion.

7) Pantai Melawi, Bachok.

...

Still in good condition.

...

However, most of these pillboxes are either left to the mercy of nature or otherwise occupied by unthinkable guests like a mini poultry farm strewn with rubbish and bushes.

8) Pantai Kuala Rekang, Bachok.

...

This pillbox is located far inside thus preventing it from sea erosion.

...

200 meters from the sea.

9) Pantai, Kuala Ger, Bachok.

...

This is the last pillbox found along the coastal from right sector near Tok Bali.

...

The survivor of time, 71 years-old pillbox.

View from the village to the sea.

View from the village to the sea.

Time Tunnel.

70 years ago.

70 years ago.

and now...

and now…

THE REPLICA.

 A replica of the pill box can be seen at the War Museum in Kota Bharu.

A replica of the pill box can be seen at the War Museum in Kota Bharu. This particular model is found along the coast of Pantai Sabak.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

December 7, 2012 at 11:41 PM

Posted in History

Istana Sultan Muhammad V

with 3 comments

KDYMM Sultan Muhammad ke V bersama YTM Tengku Mahkota Kelantan mencemar duli ke Majlis Solat Hajat dan Upacara Perletakan Batu Asas Pembinaan Istana Kelantan di Lembah Sireh belakang Istana Kota Lama,turut hadir sama pembesar-pembesar negeri dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Istana Kelantan ini akan dibina ditepi Sungai Kelantan di Kawasan Projek Pembangunan Lembah Sireh iaitu betul-betul di belakang Istana Kota Lama.

Untuk makluman, pembinaan Istana Kelantan adalah untuk memberi ‘rumah baru’ kepada Sultan Muhammad V  kerana selama ini baginda bersemayam di Istana Telipot yang mana ia sepatutnya menjadi tempat bersemayam Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra yang kini baginda juga ‘menumpang’ di Istana Kota Lama yang diubahsuai untuk baginda.  Istana Mahkota di Kubang Kerian telah menempatkan Sultan Ismail Petra bersama Raja Perempuan Kelantan dan anakanda baginda, Tengku Amalin Aisyah.

Gambaran artistik Istana Kelantan.

menghadap Sungai Kelantan.

Istana Kelantan menjadi ‘rumah baru’ buat Sultan Tercinta, Sultan Muhammad V.

Istana-Istana Kelantan.

Istana Telipot.

Istana Kota Lama

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

July 5, 2012 at 4:48 PM

Posted in Infrastructure

WordPress Hiatus.

with 2 comments

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada sahabat-sahabat dan pembaca setia Wordpess The Kelantan Times kerana bercuti hampir 5 bulan dari sebarang aktiviti penulisan kerana menghadapi beberapa masalah-masalah teknikal. Artikel terakhir ialah ‘Kelantan & Kaya Akhirat’ yang mendapat coverage tertinggi iaitu hampir 30 000 views dalam masa sebulan ia dilepaskan ke wordpress ini. Dalam tempoh hiatus itu, wordpress ini mengalami beberapa pembaharuan dan pengupgradan dalam usaha memberikan yang terbaik buat pembaca sekalian. Insyaallah, sehubungan itu, artikel baru akan menyusul selepas proses kemaskini wordpess ini selesai. Terima kasih di atas respon pembaca mengenai perkembangan wordpress selepas melalui proses hiatus sejak Februari lalu.

Terima kasih sekali lagi buat penjenguk setia wordpress Kelantan Times yang sudi singgah untuk mencari maklumat baru dan informasi sejarah khususnya Kelantan.
Semoga doa kalian mengiringi perjuangan saya dalam bidang penulisan ini.

Assalamualaikum.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

June 25, 2012 at 2:33 PM

Posted in Uncategorized